

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Ramai yang pasti khususnya pengundi di Parlimen Putrajaya mengenali Menteri Pelancongan Tengku Adnan Mansor yang terkenal dengan kenyataan 'kontroversi' yang keluar dari mulut seorang muslim yang mengikuti konsep Islam Hadhari.
Beliau secara bijak telah mengeluarkan idea yang amat 'bernas' iaitu mencadangkan kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melanjutkan masa berhibur di pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi.
Lebih mengejutkan, beliau tanpa rasa segan mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) menurunkan cukai arak, supaya harga arak di pasaran menjadi lebih rendah.Kedua-dua alasan ini motifnya untuk pelancongan.
Dua idea 'mantap' ini seolah-olah cuba menjadikan negara ini 'syurga arak' dan 'syurga hiburan' yang akan menyebabkan ramai pelancong-pelancong dari luar negeri berduyun-duyun akan berkunjung ke Malaysia untuk menikmati syurga-syurga tersebut.
Bagaimana idea 'kartun' ini telah dibantah keras oleh PAS termasuk Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam lantaran ianya akan mendatangkan musibah besar kepada membiaknya keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang membarah kepada rakyat Malaysia khususnya remaja dan umat Islam.
Walau apa pun, para pengundi perlu mengenali siapa Adnan yang mempunyai idea bernas ini supaya boleh menilai sama ada beliau layak sekali lagi untuk menerajui tampuk kepimpinan khasnya dalam bidang pelancongan hatta sebagai seorang ahli parlimen sekalipun.
Adnan telah dilahirkan di negeri Melaka pada 20hb Disember 1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502.
Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor manakala pada tahun 1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama sama seperti yang terdapat dalam surat beranak malah ketika menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada tahun 1969 namanya masih lagi kekal sebagai Adnan bin Mansor.
Tetapi, pada 3hb Oktober 1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan telah membuat akuan bersumpahnya bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka.
Adnan merupakan seorang taukeh Sport Toto Malaysia yang diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asalnya Unilite Electrical Indusries Berhad.
Pada tahun 1987, syarikat ini bertukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambialih oleh Berjaya Group dan dikenali sebagai Berjaya Sport Toto Berhad.
Adnan mempunyai saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto sebanyak 3.5 juta saham melalui syarikatnya yang bernama Cimsec Nominees. Ini menjadikan Adnan terlibat dalam industri perjudian Sport Toto melalui pegangan sahamnya dalam Berjaya Group Berhad.
Sport Toto mempunyai 681 rangkaian kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.
Adnan dan kerajaan Pahang pada satu ketika dahulu melalui syarikat PASDEC Holding Berhad pernah memiliki saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat dalam kegiatan berjudi 'mesin slot', tetapi disebabkan oleh bantahan orang ramai, maka Adnan melepaskan pegangannya dalam bentuk saham dan kerajaan Pahang menjual sahamnya pada 23hb Mei 2003.
Apapun sepatutnya Adnan sedar akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu-Islam telah membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi dan situasi gawat umat Islam ini sangat-sangat membimbangkan.
Sungguhpun begitu terpulanglah kepada para pengundi untuk mebuat penentuan di hari pengundian 8 Mac ini untuk membuat pilihan yang betul dan tepat dalam soal memilih pemimpin.
Masa untuk berubah!Najib berada di Kelantan semalam (Ahad). Dalam ucapannya ketika berkempen di Pasir Puteh, dia cuba membandingkan Islam yang dilaksanakan kerajaan BN dengan Islam yang diterimapakai kerajaan Kelantan pimpinan PAS.
Kata Najib, BN lebih realistik dalam melaksanakan Islam. Sedangkan PAS melaksanakan Islam sekadar luaran dan lebih mementingkan akidah. Ada pun BN, kata dia, lebih mengutamakan kemajuan dan pembangunan negeri. Itu antara yang disebutkan beliau.
Kita tidak pasti sejauh manakah rakyat negara ini, khususnya di Kelantan, dapat menerima penilaian dan penegasan dibuat Najib itu. Apakah benar Islam dilaksanakan BN lebih realistik?
Persoalan itu sebenarnya tidak sukar diulas atau dibuat penilaian. Rakyat sudah tahu corak dan bentuk Islam diterimapakai BN sejak sekian lama. Rakyat juga sudah dapat melihat bentuk Islam yang diterap dan dilaksanakan PAS di Kelantan. Beza antara kedua-duanya boleh diperhalusi rakyat sendiri.
Untuk memudahkan keadaan, berikut disenaraikan semula beberapa prinsip asas atau teras pelaksanaan Islam oleh BN, yang dikatakan 'realistik' oleh Najib itu:
Pertama, bukan semua hukum, peraturan dan nilai Islam relevan dengan zaman sekarang. Pelaksanaan 'Islam Realistik' mestilah dibuat secara selektif. Apa-apa yang dirasakan sesuai dan menguntungkan BN, akan dilaksanakan. Mana yang menyusah atau merugikan kerajaan, perlu ditinggalkan.
Bank Islam adalah institusi kewangan berkonsep Islam. Ia aktiviti ekonomi yang menguntungkan negara. Universiti Islam boleh melonjakkan nama negara di mata dunia, terutama di kalangan negara-negara Islam. Ia boleh memberi mileage politik kepada BN.
Penghapusan riba dan arak pula bukan langkah bijak. Ia akan mengurangkan hasil negara. Justeru, walau pun hukum agama mengatakan ia haram, hukum itu perlu dikompromikan dengan keadaan ekonomi negara. Barulah Islam kita 'realistik'dengan zaman kini.
Kedua, wanita Islam tidak perlu menutup aurat. Para pemimpin wanita, terutama isteri-isteri kepada pemimpin utama negara, menteri, timbalan mahu pun ahli parlimen wanita tidak perlu 'dibungkus-bungkus'.
Para peneraju institusi utama negara, seperti naib-naib canselor institusi pendidikan, hakim dan majistret, peneraju sektor korporat dan lain-lain mesti berimej global (tanpa tudung).
Imej bertudung adalah kuno, tidak bertepatan dengan perkembangan zaman dan membatasi kebebasan bergerak. Ia sebenarnya tradisi Arab dan tidak ada kena-mengena dengan ajaran Islam. Wanita bertudung tidak realistik dengan perkembangan zaman.
Ketiga, ulama tidak boleh dijadikan pemimpin negara. Tempat ulama hanya di pondok, masjid dan madrasah. Kalau ada ulama yang berhasrat menyertai politik parti pemerintah, ulama itu mesti dengar cakap dan tunduk kepada arahan pemimpin.
Ulama mesti dipimpin, bukannya memimpin. Barulah mereka dianggap 'realistik' dengan keadaan semasa.
Andai ada ulama yang lantang memperbetulkan kerajaan atas prinsip dan hukum Islam, ulama itu mesti dipecat atau disingkirkan. Yang pegang jawatan dalam kerajaan mesti ditamatkan khidmat. Yang menjadi wakil rakyat mestilah digugurkan.
Ingat lagi apa jadi kepada bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom dalam kes berhadapan tiga ratu cantik dulu? Apa pula rasional di sebalik pengguguran beberapa tokoh agama Umno sebagai calon pilihan raya kali ini?
Keempat, judi adalah sesuatu yang sangat sentimental dengan masyarakat negara. Jangan sekali-kali bercita-cita untuk mengharamkannya.
Membenarkan judi bererti kita meraikan keperluan rakyat bukan Islam. Judi juga menjadikan negara kita terkenal di dunia. Kita ada pusat judi tercanggih atau terbesar di rantau ini. Negara menjadi tumpuan 'tahi judi' antarabangsa walau pun Perdana Menteri kita Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Itulah 'Islam Realistik' namanya!
Menyediakan tempat judi ibarat keperluan menyediakan tandas. Jika tidak disediakan kemudahan untuk itu, orang ramai akan terpaksa membuang air merata tempat.
Bagi mengelakkan rakyat berjudi merata tempat, mereka perlu disediakan tempat khas. Logik 'bangang' itu pernah disebut seorang ulama Umno yang juga bekas Menteri Besar sebuah negeri.
Paling penting, judi memberikan hasil lumayan kepada negara. Ribuan juta hasil judi itu boleh dimanfaatkan untuk kemajuan dan pembangunan. Tengok Kelantan, betapa ia tidak maju dan tidak membangun apabila PAS tidak mendapat hasil daripada aktiviti judi. Sebab itu Islam dilaksanakan PAS, kata Najib, tidak realistik!
Kelima, 'Islam realistik' perlu membenarkan lelaki dan wanita bukan mahram bergaul secara bebas.
Contoh yang hidup di atas prinsip ini ialah apa yang dilakukan Imam Nombor Satu BN. Di satu ketika, dialah imam, dialah wali. Di ketika lain, dia pun peluk wanita, pimpin tangan, pegang bahu dan paut pinggang wanita bukan mahram.
Itulah mesra namanya. Islam begitulah yang dianuti BN. Itulah 'Islam Realistik' menurut pendirian Najib.
Prinsip ini tidak diterimapakai kerajaan Kelantan. Sebab itu Kelantan tidak maju. Menteri Besarnya, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz, tidak pernah pegang tangan wanita. Ustaz Nik Amar, Exconya juga tidak menunjukkan sikap mesra terhadap Maya Karin, pelakon yang berkunjung ke Kelantan beberapa bulan lalu. Sepatutnya Ustaz Nik Amar bersalam atau pegang tangan Maya, barulah nampak mesra, bukan?
Kelantan turut mengasingkan tempat duduk lelaki-wanita dalam majlis rasmi, perhimpunan dan seumpamanya. Ini juga tidak 'realistik', berdasarkan pendirian Najib itu.
Kelantan juga mewujudkan kaunter bayaran berasingan mengikut gender di pasaraya-pasaraya. Akibatnya semua gedung beli-belah di Kelantan lengang dan tidak dikunjungi pelanggan. Ia hanya menunggu masa untuk ditutup. (Ehem!)
Bagi memulihkan keadaan ini, Kelantan mesti diperintah BN. Hanya BN boleh melaksanakan Islam yang 'realistik'.
Keenam, apabila bertembung antara tuntutan agama dengan kepentingan politik atau negara, maka hukum agama perlu dikompromi. Kepentingan politik dan negara mesti diutamakan.
Kes Perhimpunan Agung Umno bertembung dengan solat Jumaat adalah contoh klasik betapa Islam diamalkan Umno sangat realistik. Mereka mengundi bagi menentukan sama ada ramai bersetuju mesyuarat diterus atau ditangguhkan untuk solat Jumaat.
Kes seorang perenang Malaysia menyeberangi Selat Inggeris beberapa tahun lalu juga satu contoh. Tidak mengapa meninggalkan solat fardhu kerana mengangkat nama negara di mata dunia. Itu fatwa penasihat agama kerajaan mengenai kes itu. Ulama macam ni lah contoh ulama realistik!
Ketujuh, maksiat adalah tanda kemajuan negara. Dalam keadaan tertentu, ia adalah penguji keimanan. Menutup tempat maksiat bukan sahaja tidak realistik dengan perkembangan zaman, bahkan turut menutup ruang umat Islam diuji keimanan mereka. Ia sekaligus menyebabkan lahirnya umat tidak kompeten dan tidak teruji.
Sebab itu ada pandangan mengatakan di antara sebab mengapa Kota Bharu tidak layak diiktiraf sebagai bandaraya ialah kerana ia belum cukup jumlah pusat maksiat. Lihatlah Kuala Terengganu, meski pun prasarana, perkembangan ekonomi, jumlah penduduk dan beberapa kriteria sosio-ekonomi lain jauh terkebelakang berbanding Kota Bharu, ia sudah boleh diiktiraf sebagai bandaraya.
Dalam dunia moden, penilaian kemajuan sesuatu tempat atau negeri diukur berdasarkan status bandar yang ada. Sudah tentu negeri yang ada bandaraya dianggap lebih maju dan ke hadapan berbanding negeri yang tiada bandaraya.
Jika rakyat Kelantan mahu Kota Bharu diiktiraf sebagai bandaraya, berilah peluang BN memerintah. Nescaya dalam masa singkat parti itu akan membuka pusat-pusat maksiat dengan banyak. Islam sebegitulah yang lebih 'realistik' dengan tuntutan kemajuan, sebagaimana diimpikan Najib dan BN.
Ada banyak lagi teras atau prinsip 'Islam Realistik' dilaksanakan BN. Penulis percaya para pembaca sendiri boleh menyenaraikannya lebih panjang.
Apa yang penting, bagi menentukan Islam yang tepat, umat Islam perlu mendalami al-Quran, menyelami hukum Tuhan.
Apakah kita perlu menggadai prinsip agama semata-mata untuk dilihat 'realistik' terhadap perkembangan zaman? Apakah kita tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan dunia semasa kiranya terus berpegang kepada Islam?
Jangan perjudikan masa depan agama. Rakyat negara ini, terutama di Kelantan jangan buat eksperimen dan cuba-cuba memilih BN, walau pun untuk satu penggal. Sekali negeri punah, amat sukar untuk diperbaikinya kembali.Jawapan | Saudara telah membuat andaian berdasarkan kepada pemikiran sendiri. Pemikiran sedemikian mungkin dipengaruhi oleh keadaan politik semasa yang senantiasa bergolak.
Saya memahami orang pemahaman seperti saudara memang wujud dalam masyarakat kita.
Pemahaman ini wujud kerana teori politik secara umumnya adalah bersifat kebendaan. Ia bersifat sekular.
Sekular adalah suatu sistem yang difahami memisahkan agama daripada kehidupan.
Keseluruhan pemikiran politik yang diteraskan kepada materialisme yang melahirkan fahaman sekular adalah diasaskan ahli-ahli politik Barat, diasaskan kepada akal dan menolak wahyu sebagai alat berpolitik.
Oleh kerana itu, agama kepada sesetengah ahli politik Barat, tidak boleh dicampurkan dengan politik.
Wahyu sebenarnya di luar jangkaan akal manusia. Akal tidak mampu memahami kehendak wahyu. Manusia yang beriman perlu mengambil wahyu sebagai jambatan pengabdian terhadap Allah SWT.
Kefahaman yang diterapkan golongan orientalis menerima wahyu hanya untuk digunakan menyembah Allah, manakala mentadbir negara digunakan akal yang kononnya rasional.
Sekular adalah hasil ciptaan pemikir Barat yang berasaskan realiti dalam masyarakat Barat, khususnya di abad pertengahan sebelum zaman Kebangkitan Eropah (European Renaissance).
Pada zaman itu, masyarakat Eropah dikongkong oleh kuasa gereja. Gereja yang menentukan segala-galanya.
Orang-orang gereja (para Pope) yang paling berkuasa. Kata-kata dan tindakan mereka betul semuanya, tidak boleh disanggah walaupun ia tidak rasional.
Pemikir-pemikir politik Barat, sedar akan kemunduran kerana dijajah oleh keagamaan Kristian yang banyak tidak rasional terhadap mereka, menyebabkan negara mundur.Dari sinilah lahirnya fahaman sekular yang memisahkan penghidupan dengan agama, sekali gus memisahkan agama daripada politik (daripada kalangan Kristian).
Meskipun itu boleh berlaku dalam masyarakat Barat yang berpegang dengan fahaman Kristianiti, ia berbeza dengan agama Islam.
Islam adalah agama yang secara tabi'enya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat.
Firman Allah (mafhumnya): "Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah), iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah ar-Rum, ayat 30)
Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Hukum-hukumnya rasional, mudah diterima akal dan rasional.
Tercatat dalam sejarah Islam dilaksanakan dengan masyarakat manusia, sejarah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada Tahun 1 Hijrah (622 M), terus menerus dilaksanakan dengan jayanya dan tersebar hingga ke seluruh dunia.
Islam berkembang dari Asia ke Afrika, ke Eropah ke Timur.
Sehingga Kerajaan Uthmaniyah di Turki, di bawah pemerintah sultan terakhir digantikan pemerintahan i'lmaniyyah (sekular) Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1924.
Ketika itu lenyaplah negara Islam yang sebenar, melainkan tinggal beberapa buat negara sahaja.
Pemikiran politik Islam bertitik tolak daripada kefahaman Islam yang tidak memisahkan Islam daripada pemerintahan.Ia bersatu dalam satu perkataan di istilahkan sebagai Ad-Din, cara hidup yang lengkap, terungkap seperti firman Allah (mafhumnya): "...Pada hari ini, Aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku terhadap kamu, dan aku reda Islam menjadi ad-Din kamu (cara hidup yang sempurna)..." (Surah al-Maaidah, ayat 3)
Oleh kerana itu, kita umat Islam perlu terima hakikat, Islam adalah agama yang sempurna, termasuk cara berpolitik, memerintah cara Islam.
Jika kita menolak pegangan ini dan memilih yang lain, ia bermakna menolak ketetapan Allah dan merendah-rendahkan agama, seolah-olahnya cara hidup ciptaan manusia, lebih sempurna dari ciptaan Allah.
Merendah-rendahkan agama Allah boleh menyebabkan kerosakan akidah.
Oleh itu maka pemilihan untuk menyokong sesebuah parti politik dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul, bukan semata-mata terpengaruh dengan arus masyarakat.
Jangan sesekali menyokong sesebuah parti yang perjuangannya mendorong hanya kepada kesenangan dunia, lebih-lebih lagi jika perjuangan itu menjadi penentang kepada perjuangan Islam. Wallahua'lam."Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjengil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham.." Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di
Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
Kepada:
Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hamper saiz dengan A4
itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat
suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana
Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah
kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman.
Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana
menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk
dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nakmenggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan
Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk
kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi,
Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food,
Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya
ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta
dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya
Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam
dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...
Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg
lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian
yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat
Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah
kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...
Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat
untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah
sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama
hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!
credit to are rich blog
Penutupan loji yang membekalkan 30 peratus keperluan elektrik penduduk di wilayah ini menyebabkan seluruh Bandar Gaza bergelap dan memburukkan lagi keadaan masalah yang sedia teruk di wilayah pesisir ini.
Bekalan elektrik ditutup secara rasmi pada pukul 8 malam tadi (2 pagi Isnin waktu Malaysia) dan tindakan itu akan menyebabkan krisis kemanusiaan yang mengancam nyawa penduduk.
“Kami terpaksa menutup loji janakuasa ini sebab kehabisan bahan api,” kata Pengarahnya, Rafiq Mliha.
Beliau turut memberi amaran mengenai “kesan buruk kepada penduduk, operasi hospital dan loji rawatan air.”
Rafiq memberitahu, beliau juga tidak mengetahui bila Israel akan membenarkan bekalan bahan api dibawa masuk bagi membolehkan loji janakuasa beroperasi semula.
Sementara itu pegawai Kementerian Kesihatan, Dr. Moaiya Hassanain memberi amaran, tindakan menyekat penghantaran bahan api akan mencetuskan malapetaka kesihatan..
“Kami hanya ada pilihan sama ada memotong bekalan elektrik untuk bayi di wad bersalin atau pesakit pembedahan jantung atau menghentikan kerja di bilik bedah,” katanya.
Wilayah Gaza yang mempunyai 1..5 juta penduduk yang bergantung kepada bantuan luar masih terputus dari dunia luar selepas semua pintu masuk ditutup sejak Jumaat lalu berikutan arahan Kabinet Israel yang mahu mengekang serangan pejuang.
Kilang-kilang roti turut menghentikan operasi berikutan ketiadaan bekalan tepung dan tenaga elektrik.
Pengarah Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Palestin di Gaza mendesak Israel membuka semula pintu masuk dan meminta masyarakat antarabangsa membantu penduduk awam.
“Penutupan janakuasa menyebabkan seluruh Bandar Gaza dengan 600,000 penduduknya bergelap,” kata John Ging, sambil menambah, ia memberi kesan kepada semua aspek kehidupan penduduk di Gaza.
“Jika anda melawat hospital-hospital, anda akan mendapati generator yang digunakan hanya memadai untuk peralatan asas sahaja. Mereka kesejukan di semua wad, menambahkan penderitaan pesakit,” ujar Ging.
Sementara pergerakan Hamas yang menguasai Gaza sejak Jun lalu menyatakan, langkah rejim Tel Avib merupakan “hukuman mati” ke atas wilayah ini dan menggesa campur-tangan antarabangsa.
Gesaan Hamas tersebut turut mendapat sokongan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mahukan Israel menamatkan kepungan dengan segera.
– Agensi
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut sepertio juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Sejarah Hari Asyura
Menurut tradisi masyrakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. telahpun melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkang puasa Asyura adalah amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, Baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram: