Friday, February 15, 2008

Membina masjid atau membina ummah?


Assalamualaikum wbt,

Tergerak hati ini untuk menulis pendapat dan isi hati saya berhubung dengan keadaan politik semasa sekarang ini yang semakin hangat selepas diumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya yang dijadualkan bakal diadakan pada 8 Mac kelak. Rasanya sudah banyak berita-berita dan arus media perdana telah mula menggunakan fungsi mereka sebagai media kerajaan dalam meraih undi bagi menyokong kerajaan. Saya tidak pasti samada mereka-mereka yang membaca sumber-sumber media khususnya utusan mahupun berita harian tidak sedar yang jelas dan nyata semuanya hanya berpihak kepada kerajaan. Tiada satupun berita-berita yang dikeluarkan memberi reaksi positif kepada pihak-pihak pembangkang. Adakah kerana gelaran "pembangkang" itu 1 gelaran yang sangat terok,sangat hina sehinggakan tiada satupon benda yang baik yang dapat ditonjolkan oleh pihak pembangkang khususnya PAS? Kenapa golongan-golongan yang memerintah sekarang ini sanggup menepis dan menafikan semua benda baik yang ditonjolkan oleh parti pembangkang yang memerintah di Kelantan khususnya walhal apa yang cuba dibuat oleh kerajaan Pas di Kelantan semuanya berlandaskan kepada Islam. Tidakkah mereka takut dengan penafian dan tohmahan-tohmahan yang dibuat ini hanya akan merosakkan akidah mereka secara tidak langsung? Harini saya terbaca dalam utusan.com.my melalui petikan yang dicakap oleh TPM berhubung "kedaifan" di Kelantan. Apakah hanya di Kelantan sahaja kah adanya kemiskinan tegar? Bagaimana pula dengan isu pembelian nombor plat bernilai ribuan ringgit oleh MB Pahang walhal rakyat di Pahang masih banyak lagi yang daif. Kenapa semua ini tidak ditonjolkan? Adakah perlaksanaan hukum-hukum dan pemerintahan secara Islam hanya akan membuat rakyat hidup semakin melarat? Kenyataan beliau ini sebenarnya bukan menghina Pas tetapi Islam. Paling terkilan sekali apa yang dikatakan oleh TPM ialah berhubung tiadanya masjid-masjid baru yang dibina oleh kerajaan Pas Kelantan sepanjang 18 tahun memerintah. Sungguh naif sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Saya nak bertanya apakah tujuan sebenar kalau hendak dibina masjid baru sekalipon? Adakah untuk bermegah-bermegah? Kononnya kerajaan tidak mengabaikan perintah agama. Tidakkah mereka sedar apa yang paling penting bukanlah jumlah masjid yang dibina, tetapi jumlah jemaah yang datang setiap kali masuk waktu solat. Hakikatnya kita sekarang ini hanya nampak masjid ini sebagai fungsi untuk kecantikan dan untuk menampung jemaah yang datang solat jumaat sahaja. Waktu solat jumaat sajalah biasanya masjid akan penuh. Tapi pada waktu lain paling banyak pon setakat suku masjid sahaja. Di manakah nilai masjid sebenarnya? Pada kos pembinaanyakah? Pada nilai-nilai kecantikan dan hiasan di dalam masjid itukah? Atau pada nilai jemaahnya? Apakah tujuan pembinaan sesebuah negara sebenarnya? Adakah hanya berdasarkan pembinaan bangunan-bangunan untuk tujuan bermegah-megah, atau pembinaan nilai akhlak dan taqwa rakyatnya? Apa guna membina lebih banyak masjid jika masjid-masjid yang sedia ada pon semakin lengang dan sunyi dan nilai akhlak rakyatnya pon semakin runtuh.

No comments: