Wednesday, July 4, 2007

Nasyid semakin dibenci?

Apa yang terjadi sebenarnya pada nasyid? Mengapa sejak akhir-akhir ini ada sahaja pelbagai 'cakap-cakap' berkaitan nasyid sedangkan kehadirannya dahulu dirai, disambut dengan mesra dan dianggap alternatif di dalam dakwah.......

Kini nasyid umpama 'ancaman' kepada Islam. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang harus diterima oleh semua pihak. Sebelum ini, isu nasyid telah masuk ke dalam khutbah yang membicarakan akan bahayanya pengaruh nasyid terutamanya yang berkisar tentang cinta.

Kini, nasyid turut dibicarakan di dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas yang menampakkan nasyid sememangnya satu ancaman. Jika nasyid bukan satu ancaman, sudah semestinya ia tidak akan disebut sebut di sana sini. Retorik ini turut dikukuhkan dengan tindakan vokalis kumpulan Raihan - Nazrey Johani yang ingin meninggalkan dunia nasyid yang padanya menganggap, matlamatnya sudah tidak SEPERTI DULU!

Lihat saja apa yang berlaku di dalam nasyid. Lihat saja Persatuan yang kononnya mengangkat martabat nasyid - tetapi bekerjasama dengan artis 'kotor' yang menzahirkan 'tok guru vokal' kononnya. Lihat saja penasyid-penasyid yang semakin kabur halatujunya iaitu mirip kepada sebuah 'perniagaan' dan bukanlah mujaddid pembela agama Allah seperti mana di awal kemunculan empayar nasyid suatu ketika dahulu.

Lihat saja artis yang 'kotor lagi mengotorkan' yang turut menggunakan 'platform' nasyid sebagai 'nak membina raja kertas - (duit)'. Artis segera yang ingin mencari popular, duit, publisiti dengan segera. Tidak mustahil, ia juga 'segera' akan menerima pembalasan dari ilahi.......

Seterusnya, suasana 'aura' yang di bawa oleh hampir kesemua kumpulan nasyid yang bertemakan CINTA manuisa secara berlebihan yang membuatkan semakin remaja (sebab ramai yg suka nasyid ialah remaja) ghairah untuk 'bercinta' dengan alasan 'cinta kami adalah berlandaskan Islam', 'cinta saya ini saya lakukan kerana ilham dari lagu nasyid' dan sebagainya.

Nasyid telah menyebabkan para pejuang agama 'remaja' semakin lembik dan layu. Para pejuang ini yang majorotinya di dalam kampus-kampus universiti semakin seronok dan komited kepada isu cinta, perasaan, kasih sayang dan Baitul Muslim. Sudah tidak ramai yang memfokuskan agenda mereka untuk memenangkan Islam tetapi hanya lebih kepada 'ukhwah' sahaja dan mencari calon pasangan masing-masing. Ukhwah yang dipupuk di dalam kampus itu rata-rata hanya sekadar ukhwah biasa dan tidak sempat barangkali untuk membicarakan soalan pokok manhaj tarbiyah dalam usaha menyemarakkan kebangkitan mahasiswa yang semakin hilang dimamah NASYID!

Akhirnya, nasyid semakin di benci. Dibenci oleh pencinta Islam itu sendiri. Kerana disangka hadirnya nasyid ini boleh membantu, tetapi sebaliknya mengancam. Mengancam apa? Mengancam halatuju pengkaderan ahli kerana calon-calon qadeer itu terlalu sibuk menghafal lirik nasyid cinta dan berbicara sembang-sembang, gelak ketawa bersama yang lain yang sama juga seperti mereka. Kesudahannya, tiada calon yang hendak di qaderkan dan perjuangan Islam akan kehilangan warisnya seperti hilangnya waris kesultanan melayu Melaka.....


Sumber dipetik dari artikel Bandaraya Safa