Friday, May 4, 2007

Mengalah untuk menang


Kumpulan Dewa 19 pernah menyanyikan lagu Hadapi dengan Senyuman dengan memasukkan lirik "mengalahlah untuk menang". Apakah maksud yang tersirat di sebalik kata-kata ini? Sebenarnya ianya hanyalah ungkapan yang ingin menyatakan bahawa dalam hidup ini sebenarnya bukan semuanya akan mengikut kehendak kita. Omputih kata things will not always go on our way. Apa yang kita boleh buat dalam hal ini, terimalah keadaan yang sedia ada, atau dalam erti kata lain, mengalah lah supaya lambat laun kita akan menang. Saya percaya stiap insan di dunia ni pasti ada halangan dan rintangan yang perlu dihadapi dalam menguji kesabaran kita. Tapi kita perlu sedar bahawa setiap apa yang kita kerjakan walaupon tidak pada kehendak hati kita pada dasarnya, tapi lambat-laun kita akan beroleh kemenangan atau kejayaan dari apa yang kita kerjakan.
Sebagai contoh, jika kita sukakan bidang seni lukis tetapi disuruh oleh ibu bapa kita untuk mengambil bidang kejuruteraan misalnya, sememangnya semua itu bukan di bawah kemahuan kita, namun disebabkan kasih sayang kita terhadap mereka, kita teroskan jugak. Namun dalam konteks ini perlulah kita mengambil semua ini sebagai satu benda yg positif, yg perlu kita nampak kesan jangka panjangnya. Manatau kalau bidang kejuruteraan itu lebih sesuai dan kita minati sbnrnye. Adakah itu lebih baik kerana bidang ini sememangnya mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam dunia yang serba moden ini. Belum cuba, belum tau org tua-tua penah berpesan. Jika anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sibuk kerana bekerja, mereka perlulah sedar dan berfikiran positif bahawa apa yang dikerjakan oleh ibu bapa mereka sbnrnya utk kesenangan mereka di hari esok kelak. Namun dalam konteks ini, kita perlulah pandai membawa diri agar tidak mengabaikan anak-anak kita jua bila kita bekerja nnt. Kesibukan kdg-kdg tu kita yang mencarinya. Gunakanlah masa lapang yang kita ada sebelum tiba masa sibuk kita. Kerana apabila tiba masa sibuk kita, kita ssh utk memberi sepenuh komitmen kepada perkara-perkara lain. Saya juga skg ini tidaklah sesibuk mana yang disangkakan. Kerana itu saya cuba menggunakan masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana mungkin bila dah masuk semester ke-5 nanti saya sudah tiada masa kerana urusan practical di firmadi germany ini. Kerana saya tahu bila sampai waktu practical, kita sudah tiada masa. Pergi kerja pukul 5-6 pagi, balik kerja pukul 8 mlm br sampai rumah. Kemudian terus tidur dan esoknya mengulang perkara yang sama selama 6 bulan. Mungkin pada waktu itu saya sudah tiada masa untuk org lain. Bagi org yg mcm saya yang tahu bilakah tiba masa sibuk saya 1 hari nnt, saya akan cuba menggunakan masa lapang saya sekarang dgn sebaik-baiknya.
Dalam konteks tidak bersependapat pula, apabila timbul masalah seperti ini, kita lihatlah di mana baik buruknya sesuatu perkara yang kita berselisihan pendapat itu. Jika pendapat kita itu kita boleh ketepikan demi 1 pendapat lain yg lebih bernas dibawa oleh rakan kita itu, kita ambillah pendapat dia kerana di situ hanya terdapat kebaikan yang boleh dinikmati sesama kita. Biarlah kita beroleh win-win situation di sini. Apabila kita mengalah di sini, tidak mustahil suatu hari nnt pendapat kita pula akan diterima. Mungkin rakan kita itu akan menerima pendapat kita pula walaupon tidak sebernas mana tetapi atas rasa dasar hormat dia kepada kita disebabkan cara kita mengalah sebelum ini, pendapat kita pula akan diterima pakai. Jadi di sini bolehlah kita nampak konteks mengalah untuk menang itu. Ada pepatah mengatakan, if u had to loose a battle in order to win a war, let it be. Hidup ini biarlah berstrategi. Hidup ini sebenarnya 1 peperangan. Peperangan dalam menjadikan samada hidup kita lebih bernilai atau sebaliknya. Wassalam

No comments: