Thursday, December 6, 2007

Lelaki yang dijanjikan syurga

Suatu malam selepas solat Isya' Rasulullah s.a.w lalu memegang tangan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah lalu berkata. "Saya ingin memperkenalkan kepada kamu semua, ini dia lelaki calon penghuni syurga".

Antara sahabat yang ada waktu itu, adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Semua sahabat yang mendengarkan pangakuan Rasulullah ini begitu tertarik sekali terutamanya Abdullah sehinggakan beliau sanggup meminta kebenaran dari lelaki itu untuk bermalam selama 3 malam semata-mata kerana ingin menyelidiki apakah amalan yang telah dikerjakan olehnya sehingga Rasulullah sendiri telah membuat jaminan untuknya.

Pada malam pertama Abdullah berpura-pura tidur lebih awal kerana ia ingin berjaga ditengah malam nanti. Lelaki ini juga turut tidur bersebelahan dengannya dan diwaktu tengah malam Abdullah lihat lelaki ini bangun dengan menyebutkan nama Allah kemudian ia membalikkan badannya dan setelah itu ia terus tidur kembali. Begitulah juga dengan malam kedua dan ketiga, ia terus tidur sampai kepagi. Sebenarnya, tiada apa-apa amalan sunat pun yang dikerjakan olehnya tetapi mengapa pula Rasulullah membuat jaminan sedemikian.

Tanya Abdullah kepada lelaki itu, "Wahai saudaraku, beritahulah kepadaku apakah amalan yang telah kamu kerjakan sebenarnya?", rayu Abdullah kepadanya. Jawab lelaki ini, "Sememangnya tiada apa-apa amalan istimewa pun yang telah aku kerjakan seperti yang telah tuan saksikan selama 3 malam di sini, hanya itulah amalanku. Tetapi disamping itu aku tidak pernah sedikit pun menyimpan PERASAAN DENDAM, IRI HATI ATAU HASAD DENGKI pada sesiapa pun". "Rupanya itulah amalan mulia engkau selama ini, dan mulai saat ini aku juga berjanji tidak akan menyimpan perasaan iri hati atau dendam pada sesiapa pun. Aku juga mahu menjadi calon penghuni syurga sepertimu".

Alangkah bahagia kita, jika kita juga perolehi kedudukan seperti lelaki ini, tetapi mampukah kita, menahan diri dari segala perbuatan dengki dan hasad serta segala penyakit jiwa yang lain. Bukan sekadar lelaki yang mampu mendapat tempat di syurga hanya melalui amalan yang sedemikian, malah kaum wanita lebih beruntung dan lebih terbuka luas peluang kita untuk melimpahi syurga Allah hanya dengan berlaku TAAT KEPADA ALLAH TERHADAP SURUHAN DAN LARANGANNYA, SERTA PELIHARALAH KEHORMATAN DIRI.

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang Muslim, dan berkembang dibawah kepompong agama Islam, janganlah disiakan segala pemberian Allah dengan melupakanNya serta bajailah hati agar hidup sihat dan tidak dijangkiti penyakit jiwa dengan mebasahkan ia sentiasa dengan kalimah-kalimah Allah serta Al-Quran kurniaannya.

No comments: