Saturday, March 31, 2007

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW


Assalamualaikum wbt,

Bersempena dengan Maulidul Rasul ni aku nak share ngan korang khutbah terakhir Nabi mulia junjungan Allah,nabi Muhammad SAW. Sabda Rasulullah SAW, iaitu wasiat terakhirnya semasa memberi khutbah (bukan membaca khutbah) kepada sahabah sahabah dan pengikutnya, pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai Manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggap lah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan lah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguh nya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ di batalkan mulai sekarang. Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak bole memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina. Wahai manusia dengarlah bersungguh sungguh kata-kata ku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Mulim adalah saudara kepada Muslim yang lain.

Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah di sampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang mendengar terus dari ku.Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba hamba MU.

Thursday, March 29, 2007

Keistimewaan Wanita..


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakany 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Wednesday, March 28, 2007

Zorro, Robin Hood Dan Orang Asli


Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan
kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk
akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk
berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang
berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli
yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat
perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan
meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan
pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan
membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp,
terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian
menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak
atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood
kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak
kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk
pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter,
kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"

Krisis Sikap di Institusi Kesihatan - Seruan Kepada Islam, Bukan Ireland


Assalamualaikum wbt..

Harini aku terbaca artikel yg sgt² menarik dan sgt² membuatkan kita berfikir. Artikel ni ditulis oleh saifulislam.com(aku xsure nama ustaz tu)..tp tulisan dia kali ni mmg sgt² buatkan aku rasa teruja dan serba sedikit ada kena-mengena ngan future life aku sbb berkenaan ngan berkeluarga ngan doktor..insyaAllah klu ada jodoh, doa²kan lah ye..amin..
Artikel ni berkisarkan ttg sikap masyarakat kita ttg dunia perubatan dan salah tanggapan yg dilontarkan oleh masyarakat kita ttg doktor² dan segala pengorbanan yg mereka telah curahkan..artikel ni pjg sket tp SGT BERBALOI UTK DIBACA DAN DIRENUNGKAN..smoga apa yg aku paparkan ni dpt memberi klu xbyk pon, sedikit pon jd la kesedaran dan membuka minda kita sama² utk membangunkan ummah.

Assalamualaikum WBT.

Saya telah menerima pelbagai reaksi selepas tersebarnya artikel saya yang bertajuk MENGAPA HARUS BEGINI: KRISIS SIKAP DI INSTITUSI KESIHATAN. Ada yang bersetuju, ada juga yang menentang keras. Artikel tersebut saya tulis bukan dengan maksud untuk memburukkan mana-mana pihak. Ia lebih kepada kesinambungan dari kebanyakan artikel saya sebelum ini yang memberikan penekanan kepada KRISIS SIKAP di pelbagai sudut.

Saya sudah menyentuh tentang soalan SIKAP di dalam beragama. Saya juga telah menyentuh tentang isu yang sama di pelbagai siri artikel saya tentang catatan kembara ke Turki. Kini, tiba pula giliran untuk saya cuba berkongsi pandangan tentang isu SIKAP di institusi kesihatan.

Memang tidak dinafikan, apabila kita lama duduk di luar negara, kita sudah terbiasa dengan suatu keadaan yang malangnya berlawanan dengan apa yang ada di tanah air sendiri. Membanding-bandingkan antara Malaysia dengan Ireland atau mana-mana negara lain, adalah sesuatu yang menjadi penyakit kepada orang yang baru pulang dan disampuk kejutan budaya di kampung halamannya. Namun, saya berpandangan bahawa membuat perbandingan bukanlah suatu kesalahan asalkan motifnya murni.

Kerana adanya gelaplah, maka terserlah cerah dan indahnya siang. Kerana ada yang cacat, maka yang sihat terserlah sempurna diri dan kewajipan syukurnya atas nikmat yang diberi Allah. Malah Allah Mencipta kita semua sebagai makhluk dengan begitu sempurna dan luar biasa, adalah sebagai cermin untuk menyerlahkan kebesaran dan keagungan-Nya.

Pihak kerajaan sendiri lazim membanding-bandingkan apa yang ada di Malaysia dengan apa yang ditemui di luar negara. Kita menilai tandas awam, kita menilai kenaikan harga minyak petrol, kita menilai ketinggian bangunan dan kepanjangan jambatan kita, kita memang suka membanding-bandingkan apa yang kita miliki dengan apa yang ada di tangan orang lain.

Akan tetapi, perbandingan saya bukanlah melepasi tahap rasional. Saya tidak meletakkan sebarang personal expectation ketika saya diherdik di hospital terbabit. Tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya ini si fulan bin si fulan, maka saya sepatutnya dilayan begini begini dan bukan begitu. Naudhubillah. Saya sentiasa mendidik diri saya agar tidak lupa yang saya adalah hamba Allah, dan seorang hamba tidak berhak meletakkan sebarang expectation. Usahkan kepada seorang doktor, bahkan kepada isteri saya pun, saya tidak pernah menambah derita isteri saya yang bekerja sebagai seorang doktor, dengan expectation peribadi saya bahawa saya seorang suami, mesti dilayan begini dan begitu. Jika saya ada sikap seperti ini, tentu saya akan pulang ke rumah setiap petang, menyilang kaki di sofa dan memerintahkan isteri saya menyiapkan kopi panas dan pisang goreng. Naudhubillah, minta dijauhkan Allah dari saya bersikap dengan karenah suami seperti itu.

Walau bagaimana pun, apa yang menyedihkan saya ialah, perbuatan seorang Muslim mengherdik seorang Muslim yang lain, adalah suatu kezaliman yang mendatangkan DOSA. Ia bukan soal profesionalisma dalam kerjaya, tetapi yang saya timbulkan adalah soal DOSA dan PAHALA. Seorang doktor tidak sepatutnya mengherdik pesakit. Pesakit juga tidak sepatutnya mengherdik seorang doktor. Oleh yang demikian, apa yang harapkan adalah kita semua tidak membuat dosa melalui pekerjaan kita.

Kita bersolat hanya sejam dalam sehari. Kita berdoa hanya beberapa minit dalam sehari. Kita membaca al-Quran, hanya beberapa detik di dalam dua pusingan jam sehari. Ibadah khusus kita amat sedikit. Sedangkan kita bekerja antara 8 ke 10 jam sehari. Kita duduk di pejabat lebih lama berbanding duduk kita di masjid. Kita memegang stethoscope, mouse, cangkul, jala dan komputer, lebih daripada kita memegang tasbih (bagi yang bertasbih) atau memegang mushaf al-Quran. Malah kita lebih banyak menghabiskan masa dengan klien berbanding masa kita dengan Allah SWT.

Seandainya semua itu tidak jadi ibadah, maka bagaimanakah kita mahu bertemu dengan Allah? Sedangkan Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran Surah adz-Dzariyaat (51) ayat 56:

”Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali agar mereka itu beribadah kepada-Ku”

Inilah tujuan hidup kita. Kita diciptakan Allah untuk beribadah kepada-Nya, mengabdikan diri kepada-Nya di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kita tidak sukar beribadah kepada Allah melalui solat, tetapi kita solat hanya sejam dalam sehari. Bagaimana pula dengan pekerjaan?

Jika kita tidak berani solat subuh satu rakaat kerana mahu cepat ke pejabat, mengapa semasa kita bekerja, kita tidak malu untuk curi tulang? Sebabnya satu sahaja, semasa solat, kita menganggapnya ibadah. Tetapi semasa bekerja, kita rasa Allah tidak berkait dengan kerja saya. Kita telah ‘tinggalkan’ Allah selepas melipat sejadah.

Maka, saya sebagai seorang ustaz, atau yang lebih utama sebagai seorang Muslim, tanggungjawab saya adalah untuk memastikan diri saya dan orang lain mematuhi ajaran Islam. Jangan berdosa melalui kerja.

Saya tidak peduli dan tidak kecewa hati andaikata doktor, jururawat malah sesiapa sahaja di hospital Ireland bersikap kurang ajar. Semasa menonton rancangan televisyen ER keluaran Amerika Syarikat, atau All Saints keluaran Australia, kedua-dua drama perubatan itu banyak mendidik dan menyedarkan saya tentang realiti tempat kerja isteri saya. Kami sering berbincang, bukan sahaja tentang isu-isu perubatan di dalam hampir setiap siri rancangan tersebut, malah apa yang paling menarik adalah persoalan ATTITUDE yang paling banyak menimbulkan dilema dan masalah semasa hospital beroperasi.

Tetapi seruan saya bukanlah kepada institusi perubatan di Malaysia meniru apa yang ada di Amerika Syarikat, Britain, Ireland dan Australia. Ia bukan formula kecemerlangan kita. Apa yang saya serukan adalah agar kita semua kembali kepada Allah. Bawa kembali the concsiousness of the Creator itu ke dalam pekerjaan kita.

Semasa di Jordan, saya pernah dirawat sebanyak dua kali di Jordan Islamic Hospital. Nama itu adalah nama yang berat untuk dipikul oleh sebuah hospital kerana ia membawa kepada masyarakat menilai setiap aspek hospital tersebut sama ada menepati Islam atau tidak. Memang tidak dinafikan, hospital tersebut cuba menjaga pelbagai sudut operasinya agar menepati Islam. Saya menghargainya.

Misalnya, wad lelaki dan perempuan diasingkan, di mana wad perempuan dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan perempuan. Daripada jururawat, hinggalah kepada kerani dan pekerja membersih lantai. Manakala di wad lelaki pula, keadaannya sama iaitu semua jururawat dan kakitangan yang lain, lelaki. Mungkin kita sinis dengan situasi begini, tetapi sekurang-kurangnya Jordan Islamic Hospital telah mengorak langkah.

Namun, apa yang saya kenang sampai bila-bila adalah budi bahasa kakitangan hospital tersebut. Selepas menerima rawatan, saya diserahkan bil sebanyak JD1200 iaitu kira-kira RM7 ribu. Tentulah jumlah ini mustahil untuk saya. Saya bertanya, apakah ada peluang untuk saya memohon bantuan kewangan atau mungkin dikurangkan jumlah bil tersebut. Saya diberitahu oleh kakitangan kewangan hospital, agar berjumpa terus dengan pegawai yang bertanggungjawab di dalam hal ini.

“Saya mohon agar dikurangkan bayaran bil ini kerana jumlahnya terlalu besar. Saya memilih untuk menjalani pembedahan di hospital ini kerana saya yakin dengan ‘kualiti perkhidmatan’ yang diberikan, di samping suasana Islamnya’, saya cuba memohon pertimbangan.

“Ya akhuy!, bagaimanakah kesihatan kamu sekarang?”, itu ayat yang keluar dari mulut pegawai tersebut.

“Alhamdulillah beransur baik. Syukur kepada Allah.”, saya menjawab sambil terpinga-pinga menanti jawapan kepada bil itu tadi.

“Selain rawatan, apakah yang kamu dapat selama kamu berada di hospital ini?”, tanyanya lagi.

“Saya dapat dua orang kawan baru. Seorang pesakit berbangsa Sudan yang menghadiahkan saya lawatan setiap hari. Dia sentiasa membantu saya bangun untuk mengerjakan Solat. Seorang lagi adalah pesakit berbangsa Jordan. Dia menghadiahkan saya senaskhah al-Quran dan seutas tasbih. Pelajaran berharga yang saya dapat adalah PERSAUDARAAN ISLAM”, saya cuba memberikan penjelasan.

“Setujukah kamu kalau saya katakan Islam itu indah?”, beliau seakan-akan cuba menduga saya.

“Ya, memang indah”, saya menjawab.

“Jika persaudaraan menjadi Islam, ia menjadi persaudaraan yang indah. Jika kehidupan kita menjadi Islam, ia menjadi kehidupan yang indah. Jika hospital ini menjadi Islam, ia pasti menjadi hospital yang indah. Betul tak?”, beliau tersenyum kepada saya.

“Ya, saya hanya sakit fizikal, tetapi fikiran dan jiwa saya tenang.”, saya membalas.

“ Ya akhi, tulislah di kertas ini apa-apa cadangan kamu untuk kami tingkatkan kualiti perkhidmatan kami di sini. Kamu sudah membayar 200 Dinar semasa pendaftaran tempoh hari, betul tak?”, ujarnya.

“Ya. JD200”, saya menjawab.

“Nah, ambillah baki 60 Dinar. Jagalah kesihatan kamu sebab kamu pelajar Syariah. Kamu perlukan kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugas kamu di dalam masyarakat”, pegawai itu menghulurkan tiga keping wang kertas 20 Dinar bersama sekuntum senyuman.

Subhanallah, saya jadi keliru. Saya sepatutnya membayar JD1200 tetapi akhirnya, menjadi hanya JD140 sahaja.

Saya cuba mendapatkan penjelasan berkenaan dengan hal ini. Kata pegawai terbabit, mereka meletakkan cas yang standard kepada pesakit kerana hospital itu adalah hospital pakar swasta. Tetapi sebarang bantuan kewangan, hanya dihulurkan jika pesakit atau warisnya mahu bertemu dengan pegawai yang telah ditetapkan. Dan apabila bertemu, pegawai itu ditugaskan untuk menyampaikan mesej-mesej Islam kepada pesakit atau warisnya tersebut.

Itulah kenangan saya semasa menerima rawatan dan pembedahan di Jordan Islamic Hospital. Apa yang menjadi ingatan saya hingga ke hari ini, bukanlah pada kecantikan landskapnya, atau wad dan bilik pembedahan yang canggih. Tetapi yang menjadi ingatan untuk saya terus mendoakan kemajuan hospital tersebut adalah pada budi bahasa pegawainya, serta ‘pelajaran-pelajaran berharga’ selama saya di hospital tersebut.

Mungkin ada yang ketawa sinis membaca cerita saya ini. Alahai macam hospital di kayangan pula bunyinya!

Izinkan saya untuk membalas ketawa itu dengan senyuman. Seorang yang mahu menikmati Syurga Akhirat, mestilah terlebih dahulu menikmati Syurga dunia. Syurga dunia itu adalah pada kesejahteraan iman dan ketenangan diri yang syukur, sabar dan redha. Jika rumah tangga kita bagai neraka, jika pejabat kita bagai neraka, hubaya hubaya!

Namun, izinkan saya untuk menjelaskan di sini, janganlah pula kita hanya tahu menyalahkan pihak doktor dan hospital. Bukan sahaja doktor dan institusi kesihatan perlu memahami masyarakat, malah masyarakat juga MESTI memahami apa yang ada di sebalik tabir hospital yang anda kunjungi.

Beban kerja di hospital hanya Allah sahaja yang tahu. Saya yang beristerikan seorang doktor juga, amat-amat terkesan dengan tekanan kerja di institusi kesihatan.

Saya masih ingat, semasa isteri saya mengandungkan anak pertama kami, beliau pengsan tiga kali semasa bertugas sebagai Junior Doctor (internship). Pakar runding O&G di hospital tempat isteri saya bekerja telah menghantar surat kepada saya meminta agar saya terus secara konsisten memberikan sokongan berupa nasihat dan semangat agar isteri saya tabah mengharungi beban kerja dalam keadaan mengandung anak pertama kami. Itu internship di Ireland. Bagaimana pula dengan Malaysia? Ternyata jauh berganda bebanan kerjanya. Gugur kandungan kerana kegilaan kerja? Cubalah bantu saya mendapatkan statistiknya supaya yang pejam, tercelik mata.

Seorang rakan saya, membawa anaknya ke hospital untuk bertemu dengan ibunya, seorang Junior Doctor. Beliau sudah putus asa untuk balik ke rumah. Bekerja seawal 8 pagi, dan tamat jam 10 malam, setiap hari, 7 hari dalam seminggu, apalah lagi gunanya pulang ke rumah. Lebih baik tidur di hospital dan suami sahaja yang datang membawa anak menjenguk ibu yang keletihan di doctor-rest.

Pernahkah anda mendengar orang bekerja hingga lebih 40 jam terus menerus dengan hanya sedikit tidur apabila pesakit berhenti tiba di pintu wad kecemasan? Ya, ada rakan isteri saya yang mengalaminya. Akibat keletihan yang amat sangat, beliau nyaris memudaratkan seorang pesakit lantaran tersilap mengira dos ubat yang mahu disuntik. 40 jam bekerja, adalah jumlah masa yang mengatasi working hours kerbau membajak sawah. Siapakah yang peduli akan hal ini?

Saya amat berharap agar ada pihak yang membuat kajian secara terpeinci, berapa ramaikah sebenarnya pasangan doktor (sama ada dua-dua doktor atau salah seorang) yang binasa rumahtangga mereka di labuhan penceraian. Saya tahu jumlahnya banyak malah bertambah. Tekanan kerjanya luar biasa. Itu belum diambil kira doktor lelaki dan khususnya perempuan yang gagal berumahtangga. Kesibukan bekerja di samping tekanan masa, menjadi faktor yang serius. Marilah ke hospital dan bilanglah wanita-wanita mulia yang masih sendirian ketika usia itu sepatutnya menjadi ibu yang menghantar anak ke sekolah. Beranikah seorang lelaki meminang seorang doktor yang tidak berpeluang melayannya dengan sempurna, dan membesarkan anak-anak di depan mata?

Saya sendiri pernah dilabel gila kerana berkahwin dengan doktor. Tetapi saya pegang pada agama. Rumah tangga Nabi SAW adalah contoh paling harmoni dan bahagia, sedangkan Baginda SAW adalah insan tersibuk. Formulanya agama. Saya beristeri bukan untuk menerima. Jika saya menerima kebaikan dari isteri, itu bonus yang saya syukuri. Saya berumah tangga untuk memberi. Memberi kasih sayang, memberi tunjuk ajar, memberi nafkah, memberi kehidupan. Lantas, andaikata apa yang saya buat, boleh dianggap sebagai pengorbanan, maka biarlah ia menjadi pengorbanan saya agar isteri dapat beribadah melalui pekerjaan murninya.

Tetapi tidak saya nafikan. Menjadi ahli ‘Kelab Suami Doktor’ bukan calang-calang ujian. Namun sudikah masyarakat peduli?

Sedangkan doktor yang bertugas di hospital kerajaan mendapat imbuhan gaji yang sederhana. Kira-kira lebih sedikit sahaja dari guru berijazah di sekolah Kementerian Pendidikan. Sebab itulah saya kira, sindiran-sindiran masyarakat terhadap ‘kemewahan’ yang bakal dikecapi oleh doktor apabila kerajaan mengizinkan locum di hospital swasta, sememangnya amat menghiris hati dan perasaan para doktor. Kalau sudah menjadi doktor pakar, mungkin ada kelegaan. Berbaloilah pada pengorbanan dan penderitaan yang telah dialami semenjak di alam pre-clinical tahun dua di fakulti perubatan, hingga selepas puluhan tahun mencurah pengorbanan. Tetapi bagi seorang medical officer, gambaran media terhadap kemewahan hidup mereka adalah dusta yang menghiris jiwa.

Banyak karikatur di akhbar-akhbar kita menyindir dan media lebih suka mengenengahkan kelemahan perkhidmatan semata-mata. Hospital tidak cekap, pemandu teksi menaikkan tambang sesuka hati, inilah bahasa media selama ini. Tetapi laporan yang bersifat mendidik masyarakat tentang bagaimana sepatutnya mereka memahami realiti di sebalik sebuah hospital dan hakikat kehidupan pemandu teksi bersama bebanan sewa meter, sewa radio, beratur berjam-jam untuk mengisi NGV dan pelbagai beban hidup mereka, sudikah media mengenengahkannya?

Sepatutnya drama-drama perubatan seperti ER dan All Saints wajar diketengahkan sebagai medium mendidik masyarakat. Namun trend drama di televisyen kita masih gagal keluar dari isu yang mendatangkan penyakit.

Apa yang pasti, pesakit yang datang ke hospital memang tidak dinafikan banyak kerenah mereka. Silap sikit, mereka mengugut untuk menelelefon Karam Singh Walia di TV3. Malah paling mendukacitakan saya ialah apabila isteri saya menceritakan bagaimana semasa sambutan Tahun Baru Cina, warganegara kita pergi ke Wad Kecemasan Hospital UKM bersama ibu bapa mereka. Apabila doktor mahu memeriksa ibu atau bapa yang dibawa, si anak pula yang sibuk mencelah dan cuba menerangkan masalah ibu dan bapa mereka. Walhal apa sebenarnya yang berlaku ialah, mereka mengambil kesempatan untuk meninggalkan ibu bapa secara percuma di hospital sementara mereka bercuti di sepanjang cuti Tahun Baru Cina. Mahu dihantar ke rumah orang tua-tua, mahal bayarannya. Lebih baik dihantar sahaja ke hospital, dan bercutilah anak-anak sepuas hati mereka.

Suatu penyalahgunaan hospital yang amat memalukan kita.

Ya, ini bukan kisah khayalan. Saya sudah bertemu dengan situasi ini semasa di Ireland, dan kini ia juga menjadi trend di tanah air kita pula.

Namun, untuk membetulkan segala kepincangan ini, kita harus fokus kepada gelanggang yang mampu kita ubah. Saya berpandangan, adalah tidak praktikal untuk kita mengharapkan masyarakat faham dengan sistem pengurusan pesakit di hospital, melainkan institusi kesihatanlah yang sepatutnya mengambil langkah pro aktif mendidik masyarakat. Bukan sahaja langkah pro aktif di peringkat doktor, jururawat dan kakitangan hospital, malah yang paling utama adalah Kementerian Kesihatan. Syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya TV3 sudah mengenengahkan rancangan Medik TV, namun ia agak kurang memberikan penekanan kepada aspek mendidik masyarakat agar faham sistem-sistem hospital seperti strategi TRIAJ membahagikan kategori pesakit di wad kecemasan dan sebagainya.

Saya berpendapat, majoriti masyarakat masih menganggap Wad Kecemasan sebagai satu-satunya pintu masuk kepada rawatan di hospital. Kerana itulah, sembelit enam bulan pun muncul menuntut rawatan di wad kecemasan yang maha sibuk. Namun, jika tidak institusi kesihatan yang menyerlahkan pengetahuan ini kepada masyarakat, bagaimana mungkin perubahan dapat dicetuskan?

Memang tidak logik, di dalam kebanjiran pesakit, doktor mahu menjelaskan secara terpeinci kepada setiap pesakit. Namun bagi kes-kes yang memerlukan penjelasan, adalah wajar pesakit beroleh maklumat yang betul. Pesakit tenang, doktor pun senang.

Misalnya, anak seorang rakan saya telah ditimpa penyakit kuku dan mulut. Dia telah dimasukkan ke sebuah hospital daerah. Namun keesokan harinya, hospital telah mengarahkan kepada kawan saya agar membawa anaknya pulang!

Di mata seorang bapa, apa yang dilihat adalah si anak masih belum sembuh. Mulutnya penuh ulser dan dia sukar untuk makan dan minum. Bagaimana mungkin sebuah hospital dengan mudah menyuruh si anak dibawa pulang. Akhirnya kawan saya mengeluh dan menceritakan hal ini kepada saya dengan penuh sesal dan prejudis terhadap pihak hospital.

Saya cuba mendapatkan maklumat sebenar melalui penjelasan isteri saya. Katanya, penyakit kuku dan mulut adalah disebabkan oleh virus dan memang tidak ada apa-apa rawatan yang boleh diberikan, kecuali rawatan yang bersifat simptomatik sahaja. Maksudnya, tiada rawatan yang boleh diberikan untuk menghalau pergi virus tersebut. Hospital hanya merawat simptom penyakit itu iaitu ulser di mulut, kekurangan air di dalam badan dan sebagainya. Rawatan seperti ini boleh dilakukan sendiri di rumah, dan lebih baik katil hospital diberikan kepada pesakit yang lebih memerlukan. Tetapi jika doktor atau mana-mana pihak di hospital tidak berminat menerangkan hal ini kepada waris pesakit, siapakah yang patut dipersalahkan jika waris pesakit meninggalkan hospital dengan salah tanggap yang bakal menyusahkan hospital di masa-masa akan datang?

Kesimpulannya, saya yakin kawan saya akan membawa anaknya pulang ke rumah dengan tenang, jika dia mendapat maklumat yang betul, bahawa di hospital yang sesak itu, adalah wajar anaknya dibawa balik kerana rawatan hospital itu boleh dibuat di rumah sahaja. Tetapi disebabkan oleh discharge yang dilakukan itu tidak berserta dengan keinginan mendidik masyarakat, kawan saya mendapat persepsi bahawa hospital tidak bertanggungjawab kerana menyuruh anaknya balik dalam keadaan sakit yang belum sembuh.

Jangan salahkan masyarakat kerana mereka sendiri pun kadang-kadang tidak tahu apa yang hendak ditanya. Mereka hanya merungut sendirian, dan bagi yang gatal tangan seperti saya, akan menulis ke sana sini.

Saya kira, kita semua boleh fokus kepada circle of influence masing-masing dan mulakan perubahan dari diri kita sendiri dan kemudiannya kepada persekitaran yang boleh kita berikan kesan dan bekas.

Saya tabik kepada kepakaran institusi kesihatan di negara kita, tetapi tajuk perbualan saya adalah SIKAP, bukannya kemahiran, ilmu mahu pun maklumat.

Semua ini akan terus menjadi ayam dan telur, kecuali kita mahu pulang. PULANG KEPADA ALLAH DAN BEKERJALAH SEBAGAI IBADAH!

Maafkan saya, dari Allah jua dipohon keampunan.

Wassalamualaikum wbt.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Cheras 56000, 22 April 2006

Syed Mokhtar Al-Bukhary

Syed Mokhtar Al-Bukhary

  • Umur - 53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
    BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
  • Kereta - Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan

Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.

(Taken from http://www.naeim.cjb.net/)

Monday, March 26, 2007

Kita tgk sapa yg lapaq?

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan² dan puan²...

Ya..di sini, di hari yg indah sejuk² suam² kuku ni, aku dengan sukacitanya nk bg bukan saja hangpa smo, tp diri aku gk, utk melapaqkan perot kita dengan gambaq² yang klu hangpa yg dok kt oversea kalau tgk tp xlapaq, aku xtau la nk kata apa..Samada time hangpa tgk ni,hangpa dah telan kebab 3 bijik atau hangpa mmg jnis blur..Aku amek makanan² eksotik(eksotik tuuuu) belah² utara ja sbb aku xtau sgt belah² pantai timoq ngan slatan depa makan apa..xpala, aku rasa org² bukan utara pon klu tgk mknn² ni mesti terliuq jugak..huhu..mari lah berlapaq..jom²( tgh nk type, tp aku tercakap kt awek aku lak jom²..heran dia..huhu)




Roti Canai

Ya..roti canai dan marplay mmg xleh dipisahkan..sbut saja darul ehsan, imtiyaz,mahupon wira sejati, mmg roti canai jd mknn wajib la.tiap² minggu klu xpekena skali mmg xsah..aku rasa roti canai wira sejati dpn intec plg sdp sbb gebu ja.tp ada ja yg suka roti canai kering ngan rangup..tpulang kt hangpa..tepuk perot,tanya selera..

Satay

Yah,tuan² dan puan²..satay, makanan wajib klu hangpa pi kajang ka, mana² la, kompem ada satay..umah wahid satay tu aku xsure ada satay 24jam ke x..hangpa pi check sendri la nnt na..yang pasti satay campoq kuah kacang mmg pembuka slera klu nk mkn mlm²..pastu bila satay dah abih,perot dah segah dan sebu,maka pekena timun ngan bawang..pastu klu perot dah berangin,kentut tu cover² la sket nnt..jgn sbb hangpa dah kenyang makan satay,hangpa nk putuih selera org lain tgh mkn lak..xbaik~~


nasi lemak

ni 1 lg makanan pg²..dulu org mkn pg² ja..tp bila aku mai kolumpo ni, tkejut aku tgk org mkn nasi lemak sampai tgh² mlm, tmasuk la aku skali lepas tu..nasi lemak ni yg bestnya bukan stkt nasik yg belemak dek santan tp sbb sambai² dia yg pelbagai jenis..hangpa mintak ja nk sambai apa..ikan bilis?ayam?daging?teloq?kerang?udang?sotong?smo ada..tp utk budak² yg nk blajaq, hangpa jgn pulak mkn nasik lemak sblom nk blajaq..satgi hangpa membuta atas katil plak pastu..kenyang perot,suka hati

nasi kandaq

ni 1 lg menu utara yg klu hangpa xpekena mai penang dan ke bawah, xsah la jawabnya. sbut saja hangpa nak makan kt mana..kayu?pelita?nazmeer?zubaidah?smo umph punya la..jgn riso..cuma la ni hangpa klu nk pi mkn kena sedia duit cm nak mkn kentaki fraid ciken jugak..dulu bley la hangpa bwk duit nk pekena nasik kandaq cm hangpa nk pekena roti canai ja..la ni xdpt beb..spinggan at least 5ringgit..klu nk 2 3 ringgit,hangpa amek teloq masin ja la..


pasemboq

cucuq udang campoq kuah kacang ngan sayoq²..ni layan gk klu makan petang² kt tepi laut especially kt kuala perlis ka,kt padang kota lama ka..ngan angin sepoi² bahasa,gerenti menaikkan lg selera hangpa nk order tambah..


roti jala

roti jala ni slalu kita jumpa bila mai bulan posa.time tu byk ja gerai kt bazar ramadhan yg jual roti jala ni.keenakan roti jala ni tletak kt kuah kari ayam dia.yg pandai buat belemak ngan likat,gerenti tutup awai gerai dia time bulan posa.papapon boys n girls,please dont try this at gerai tu.hangpa nak,hangpa beli.jgn main try² lak.nnt kena pelangkung ngan makcik yg jual roti jala ni plak..



rojak buah

haaa..yg ni aku pesan awai²..klu makan,hangpa kena prepare tandas awai²..amaran:jgn makan rojak time kt highway yg xtentu next R&R kt mana..nnt xpasai² hangpa kena berenti kt tepi jln.kalau tepi jalan keta xbyk xpa.ni keta xpenah putuih,jenuh hangpa nk cover line nk buat hajat.rojak ni sdp mkn ptg² sambil bersantai.


char koew teaw

pergh,yg ni klu aku balik malaysia,at least skali pi mkn,3kali tmbh.cakotiaw ni org slalu masak sket2 ja.1 senduk bsq ja utk 1pinggan.xleh byk² klu mkn awai²..nnt muak.syok tgk org dok masak cakotiaw ni.api membara² mcm show kt sarkis..tup tup dh siap dh..cakotiaw yg sdp slalu kena queue pjg gila kt bazar ramadhan.jenuh gk la nk menunggu.kdg2 org nk bang dah,tp xdpt² lg.tu dia penangan cakotiaw..


bubuq cha-cha

cha-cha?carca?camca?aku pon xtau..bedal jela.janji sdp..bubuq ni org ltk buah slalu.kentang ka,labu ka,pisang ka,sagu kena ada papapon.bubuq ni mkn time panas pon sdp,time sejuk pon sdp.mana² pon bley.


nasi ayam

nasi ayam ni besa la tp ttp menjadi makanan faveret org malaysia.simple,sng,mudah(sama ja smo maksud ni).la ni ada org buat nasi ayam berempah lak.depa tukaq style sket.sbb nasik ayam ni asai dr cina nya resepi.depa nk buat mlayu nya style.maka tbentuk la nasi ayam berempah.hangpa try la..sedap wa cakap lu..


terubuk bakaq

terubuk bakaq..keindahan carbon2 yg menyeliputi tubuh mu,kelemakan tubuh mu,walaupon dipenuhi ranjau² tulang² mu yg belambak,tp aku ttp tros meratah tubuh lemak mu itu.dicicah ngan ayaq asam atau sambai blacan,maka terbentuklah 1 aroma yg menusuk idung tros ke kalbu..ikan bakaq ni pekena mlm² kt tepi pantai kuala perlis mmg layan a..pi la lynda ikan bakaq kt medan selera kuala perlis..hangpa jgn dok pi ngorat maknyah² lynda tu plak..nnt xpasai² dpt penumbuk bakaq,bukan terubuk bakaq..


mee mamak

ni aku nk habaq mai kt hangpa..klu pi padang kota,tp xmentekedarah mee mamak depa,hangpa rugi..mee mamak ni aku xtau la depa buat cmana bg belemak,bg ada rempah² tu,tp layan gila.bila picit limau tu,pastu gaul²,pergh dia punya aroma dia mmg tngkp layan beb..slalu mee mamak ni hangpa bleh dpt kat mana² marplay kt seluruh negara..


cendol

cendoi ni dulu² kt skolah aku slalu pekena time balik smyg jumaat.time tu jenuh belumba jln kaki nk pi kt warung makcik tu sbb nnt takut abih.yg makcik ni plak senyum ja dok tgk rezki dok mai kt dia.cendoi la ni byk type dh.ada cendoi pulut,cendoi besa,cendoi ltk kacang pastu yg layan cendoi ltk tapai.tu mmg raja cendoi la.mcm² lg la jnis² cendoi.klu kt shah alam tu,hangpa pi kt seksyen 8.situ layan gk cendoi dia.slalu klu kelas abih lmbt ka,aku lajak pi sana dulu.pekena cendoi ni .nnt ilang sket stress.


laksa

laksa mana?aku rasa hang tuah dpt gelaran laksamana ni sbb dulu dia beniaga laksa.pastu skali tu laksa abih.pastu planggan dia dok tny² laksa mana hang tuah?omputih dgq² ja tros bg gelaran tu.ntah² hang tuah malu ja dpt gelaran tu.huhu.laksa ni klu boh kicap,limau nipis,ulam² pastu bg byk sket asam keping,mmg layan.laksa yg aku mention ni laksa utara.laksa² kt belah² negeri lain tu aku xbapa tau sgt.sbb depa laksa lain.ni laksa isi ikan kuah kala klabu.hangpa org utara mesti taunya.jom pekena laksa jom!

ais kacang

bila cakap pasai ais kacang ni,hangpa aku syorkan pi la seksyen 2 shah alam,pekena abc kt situ.mmg layan gila gua cakap lu.siap ada waffer,blimbing potong,pastu eskrem lg.mmg eksotik abis.harga pon 2ringgit ja.la ni xtau la kot² dh naik.staun dh xpi sana.tp tu mmg trademark kt medan selera situ la.wajib pesan ais kacang bg newcomers.ais kacang ni slalu org mkn time musim panas.boh ayaq sirap sket,ayaq rutbir sket.kat german ni silap xdak ayaq sirap ja.klu dak,dah lama aku kepai² ais kt luaq tu buat abc.silap² jual ntah² laku..




amacam..lapaq dak?nnt klu ada masa,aku ltk lagi makanan² lain plak..assalamualaikum

Ali mengamuk..!!



Al-kisah...ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. Kat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni jenis yang 'slow' sket. So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....

Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Ali ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun takder jugak. Ape lagi...mengamuk la Ali kat masjid tu.

Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, " kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! "

Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la...mana tau..dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. " Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak..aku akan buat macammana yang bapak aku buat tau !!!"

Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu.

Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?"

Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu...Ali pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu.